Choose Your Browser

GML300 - COVSTORE
Double Tap To Zoom
GML300
MYR 300.00
Quantity
Estimated Delivery Time
Estimated Delivery Time

GML300

 

Salam adakah anda berminat untuk memulakan bisnes kereta sewa tetapi kekurangan modal? Kami menjemput anda untuk menyertai program GML300. GML300 adalah program pra licensing bisnes kereta sewa di bawah jenama Green Matrix dengan modal serendah RM300 sebulan. Licensing bisnes kereta sewa ini sama macam sistem francais. 

 

Green Matrix menggunakan sistem licensing kerana syaratnya tidak terlalu ketat dan kosnya lebih rendah berbanding sistem francais. Peserta yang mendaftar GML300 dan diterima menjadi licensee yang sah boleh menggunakan jenama Green Matrix untuk menjalankan bisnes kereta sewa. Yuran RM300 sebulan adalah untuk penggunaan jenama dan sokongan kepada peserta.

 

KENAPA PERLU SERTAI PROGRAM GML300?

 

Bisnes kereta sewa sebenarnya terlalu banyak persaingan, sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes kereta sewa. Satu cara untuk menang dalam persaingan adalah membina sistem dan jenama yang kuat. Pembinaan sistem dan jenama memerlukan masa dan kos yang sangat tinggi.

 

Jadi daripada anda buang masa dan duit membina sistem dan jenama sendiri, lebih baik anda bergabung dan bernaung di bawah jenama yang sudah kuat seperti syarikat kami. Anda hanya perlu fokus buat duit sahaja. Kenapa anda perlu menyertai Green Matrix?

 

1. Syarikat sudah berpengalaman sejak 2006.

2. Syarikat berdaftar dan ada lesen perniagaan yang sah.

3. Mempunyai jaringan perniagaan di Seluruh Malaysia dan Brunei.

4. Mempunyai sistem perniagaan yang sudah terbukti berjaya.

5. Ramai peserta yang sudah berjaya.

 

PROGRAM GML300 INI UNTUK SIAPA

 

1. Pengusaha kereta sewa yang sudah beroperasi tidak lebih 3 tahun.

2. Pengusaha kereta sewa yang mempunyai kereta sewa tidak lebih 5 unit.

3. Pengusaha kereta sewa yang ingin maju bersama Green Matrix.

 

PROGRAM GML300 TIDAK SESUAI UNTUK

 

1. Pengusaha kereta sewa yang sudah ada lesen pelancongan.

2. Pengusaha kereta sewa yang ingin bangunkan jenama sendiri.

3. Pengusaha kereta sewa yang ingin goyang kaki dan tunggu tempahan masuk.

 

APA PESERTA PROGRAM GML300 DAPAT?

 

1. Peserta lulus boleh menggunakan jenama Green Matrix untuk pemasaran.

2. Sistem perniagaan yang sudah terbukti berjaya.

3. Bimbingan perniagaan daripada jutawan kereta sewa berpengalaman.

 

Peringatan : Peserta tidak akan mendapat apa-apa faedah sekiranya peserta tidak mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh pihak Green Matrix.

 

SELEPAS DAFTAR APA PESERTA GML300 PERLU BUAT?

 

1. Selepas mendaftar, peserta akan di masukkan dalam group Facebook dan Telegram khas.

2. Peserta perlu menonton video tutorial yang disediakan di dalam facebook group berkenaan dan berkongsi poin pembelajaran daripada setiap video tutorial yang disediakan di dalam facebook group yang sama.

3. Peserta perlu membuat tugasan secara Facebook live sebanyak 3 kali (video 5 – 7 minit) di dalam Facebook group yang disediakan.

4. Selepas 2 minggu pihak Green Matrix akan membuat sesi temuduga. Pihak syarikat memberi keutamaan kepada peserta yang berjaya membuat segala tugasan dan ada keinginan untuk belajar dan sama-sama berkembang dengan Green Matrix. Peserta yang tidak layak akan dikeluarkan dari program dan wang mereka akan dikembalikan dalam masa 3 hari bekerja.

5. Sekiranya ada pertanyaan, peserta boleh bertanya dalam group sokongan telegram yang disediakan.

 

APA SYARAT PENYERTAAN?

1. Peserta mesti menggunakan nama dan gambar sebenar di media sosial untuk mengelakkan kekeliruan.

2. Peserta perlu sama-sama berusaha membuat pemasaran seperti yang dicadangkan oleh pihak Green Matrix.

3. Setiap kutipan sewa yang diperolehi secara atas talian atau sebaliknya, mestilah dimasukkan terlebih dahulu di dalam akaun Green Matrix.

4. Green Matrix akan menolak 12% caj perkhidmatan (termasuk 6% SST).

5. Peserta perlu mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh Green Matrix.

6. Peserta perlu membayar yuran bulanan RM300 pada setiap 25 hari bulan untuk sokongan dan penggunaan jenama.

7. Peserta yang sudah diterima tetapi ingin menarik diri, mereka perlu menulis surat rasmi kepada Green Matrix.

8. Peserta yang sudah menarik diri tidak dibenarkan menggunakan jenama Green Matrix untuk apa-apa tujuan.

9. Tiada wang akan dikembalikan sekiranya peserta ingin menarik diri selepas sesi temuduga.

10. Green Matrix berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya peserta melanggar syarat program licensing.

 

BERAPA YURAN PENYERTAAN?

 

Yuran penyertaan adalah RM300 sebulan. Bayaran perlu dibuat pada setiap 25 hari bulan.

 

APA LAGI BAYARAN YANG PERLU DIBUAT?

 

1. Green Matrix akan menolak 12% daripada setiap pendapatan yang peserta dapat untuk menampung cukai dan kos operasi.

2. Bahan-bahan pemasaran seperti 4 helai baju, 2 lanyard, 2 topi, 1,000 keping kad perniagaan perlu dibeli melalui Green Matrix pada harga RM500 per pakej.

 

PEMULANGAN WANG

 

Sekiranya peserta tidak diterima dalam program ini, wang peserta akan dikembalikan dalam masa 3 hari bekerja.

 

BERAPA LAMA TEMPOH PROGRAM INI?

 

Minima tempoh penyertaan adalah 12 bulan.

 

SYARAT LAIN

 

- Pastikan akaun Facebook anda menggunakan nama sebenar untuk memudahkan pihak kami memasukkan anda di dalam Facebook group khas. 

- Anda juga perlu memasang aplikasi Telegram untuk dimasukkan dalam group sokongan khas.

- Kakitangan kami akan menghubungi anda dalam masa 3 hari selepas pendaftaran

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2020
Powered with
by AVANA
Click Below To Share