I-STOKIST

CovStore I-Stokis Tu Apa?

CovStore I-Stokis adalah program jualan produk CovStore melalui sistem stokis. Kelebihan CovStore I-Stokis adalah peserta tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk mendapatkan harga stokis.

Selain itu, CovStore I-Stokis juga tidak perlu menguruskan proses pengeposan produk kepada pelanggan kerana ianya diuruskan sepenuhnya oleh CovStore. CovStore I-Stokis hanya perlu fokus kepada aktiviti pemasaran dan jualan produk sahaja.

Apa Kelebihan CovStore I-Stokis?

  • Yuran pendaftaran RM50 sahaja.
  • Latihan diberikan secara percuma.
  • Group sokongan disediakan 24/7.
  • Penghantaran produk 100% diuruskan syarikat.
  • Boleh jual pelbagai jenis produk.

Produk-produk CovStore

Ada Yuran?

Yuran pendaftaran hanya RM50 (sekali seumur hidup). Sebaik peserta mendaftar, pihak CovStore akan menghubungi peserta dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) untuk proses temuduga.

Program ini bukan duduk diam dapat duit. Peserta perlu melaksanakan pelan pemasaran yang disediakan oleh pihak syarikat. Justeru hanya peserta yang komited dan memenuhi syarat di bawah sahaja akan diterima.

Yuran pendaftaran akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari untuk pendaftaran yang tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Apa Syarat Untuk Menjadi CovStore I-Stokis?

  • Penyertaan hanya terbuka kepada mereka yang belum pernah mendaftar menjadi pengedar di bawah mana-mana pengedar CovStore sedia ada yang masih aktif.
  • Peserta wajib mempunyai akaun Facebook, Instagram dan Whatsapp peribadi. Setiap akaun berkenaan perlu menggunakan nama dan gambar peserta yang sebenar.
  • Perserta wajib menonton semua video tutorial dan membuat tugasan seperti yang dinyatakan di dalam video.
  • Peserta wajib mengikuti kelas online setiap minggu. Kelas online akan diadakan pada setiap hari Rabu jam 0900 malam.
  • Peserta perlu menghantar laporan mingguan setiap hari Isnin sebelum 9 malam untuk pemantauan prestasi dan khidmat nasihat.
  • Peserta yang diterima menjadi CovStore I-Stokis akan mendapat harga ejen terlebih dahulu. Sekiranya peserta berjaya membuat jualan melebihi RM1,000 dalam masa 1 bulan, pihak syarikat akan memberikan harga stokis secara automatik. Struktur harga produk adalah seperti jadual di bawah.

Struktur harga produk

  • Peserta yang gagal memenuhi syarat di atas tanpa sebab yang munasabah, dianggap tidak komited dan penyertaan mereka akan dibatalkan serta-merta tanpa notis.
  • Peserta yang sudah diterima menjadi CovStore I-Stokis tetapi ingin menarik diri atau dibatalkan penyertaan tidak boleh menuntut semula yuran pendaftaran sebanyak RM50 yang telah dibayar.

Apa Lagi CovStore I-Stokis Dapat?

  • Buku panduan bernilai RM50.
  • Akses group Telegram VIP bernilai RM1,200.
  • Akses group Facebook VIP bernilai RM1,200.
  • Bimbingan daripada mentor jutawan yang berjaya.

Testimonial

Sebulan sertai CovStore I-Stokis Jualan RM5K

Tuan Muhamad Zuraimi Mat Saad, bekerja sebagai penyelenggara bangunan di Kuala Lumpur. Beliau menghadapi masalah hutang yang agak kronik kerana tersilap langkah dalam perniagaan sebelumnya.

Melalui program CovStore I-Stokis, beliau berjaya membuat jualan sebanyak RM5,000 sebulan dan keuntungan yang beliau perolehi sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban hutang yang beliau tanggung.

Bagaimana Nak Daftar?

Daftar melalui link berikut ==> Borang Pendaftaran

Selepas Mendaftar Apa Saya Perlu Buat?

Pihak kami akan menghubungi peserta tidak lebih 48 jam pada hari bekerja. Pastikan anda menyertai group Telegram berikut untuk sebarang pertanyaan ==> Group Telegram.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share